Site Loader
cara mula melabur dalam public mutual

Setiap hari saya menerima mesej melalui telefon bimbit tentang bagaimana cara nak mula melabur dalam unit amanah Public Mutual.

Kebanyakannya nak bermula melabur secara bulanan sejak membaca artikel yang saya tuliskan sebelum ini dan tak kurang juga yang ingin melabur secara “lump sum”.

Memandangkan arus teknologi sekarang ini, kebanyakannya urusan dapat dilakukan secara online sahaja. Mudah dan cepat.

Ditambah lagi dengan keadaan pandemik yang melanda sekarang ini yang memerlukan urusan secara online ini lebih diutamakan berbanding bersemuka.

Dalam artikel ini saya terangkan proses yang anda perlukan untuk mendaftar sebagai pelabur baharu secara online dalam Public Mutual Berhad mengikut urutan.

Daftar sebagai pelabur tak semestinya terus invest.

Ini adalah proses mendaftar profail anda sebagai salah seorang bakal pelabur dalam Public Mutual.

Selepas profail anda telah didaftarkan, barulah anda boleh buat transaksi ke dalam akaun dana Public Mutual.

Berikut merupakan urutan langkah untuk anda mendaftar sebagai pelabur baru dalam Public Mutual Berhad.

1. Daftar Profail Pelabur Baru

Register public mutual

Pertama sekali adalah proses untuk mencipta profail anda sebagai pelabur baru dalam Public Mutual.

Anda boleh mendaftar secara mengisi borang New Investor Form yang boleh didapati melalui Unit Trust Consultant anda atau cawangan Public Mutual Berhad berdekatan tempat anda.

Ataupun lebih mudah lagi ialah dengan mendaftar secara online sahaja melalui website Public Mutual Berhad.

Ikuti langkah dalam artikel cara mendaftar sebagai pelabur baharu sekiranya ingin mengetahui cara untuk mendaftar online.

Anda perlu isikan maklumat diri anda dengan lengkap termasuk nama majikan, perniagaan, maklumat pendapatan, pengalaman dalam pelaburan, nombor telefon, alamat email dan lain lagi.

Proses dan tempoh kelulusan adalah lebih pantas dan ringkas jika melalui online.

Kelebihan lain jika mendaftar online berbanding offline adalah anda akan terus mendaftarkan Public Mutual Online Login (PMO) anda terus tanpa menunggu profail anda wujud terlebih dahulu.

Jika offline pula, anda perlu daftar online login anda selepas profail anda wujud dalam rekod Public Mutual.

Proses ini cuma perlu dilakukan sekali sahaja dan hanya perlu dilakukan oleh mereka yang belum pernah mendaftar dalam Public Mutual Berhad.

Selepas berjaya mendaftar online, tunggu email pengesahan daripada Public Mutual sebelum anda boleh login ke dalam profail anda.

Kebiasaannya, anda akan menerima email daripada Public Mutual dalam 24 jam selepas selesai mendaftar. Jika anda mendaftar pada hari cuti, anda akan terima email pada hari bekerja.

Jika anda mendaftar secara offline, anda perlu tunggu sehingga anda dapat SA number. Nombor ini adalah nombor penilaian kesesuaian (Suitability Assessment) anda yang akan anda gunakan dalam proses deposit akaun dana nanti.

Nombor SA ini akan diberikan oleh Unit Trust Consultant anda setelah proses pendaftaran anda selesai.

Artikel berkaitan:

2. Suitability Assessment

suitability assessment for public mutual investor

Bagi yang mendaftar secara offline, anda tidak perlu melakukan langkah ini semula kerana nombor SA anda telah diwujudkan pada langkah 1 tadi.

Bagi yang mendaftar online pula langkah seterusnya adalah proses Suitability Assessment iaitu proses penilaian kesesuaian anda sebagai pelabur.

Ini bertujuan untuk mengetahui objektif anda melabur dalam unit amanah, tahap pendidikan anda, dan serba sedikit pengetahuan anda dalam pelaburan unit amanah.

Penilaian ini membantu unit trust consultant untuk menilai tahap keserasian anda terhadap kategori risiko dana yang anda boleh pilih dan melabur nanti.

Bagi yang mendaftar secara offline, anda perlu mengisi dan menandatangani borang Suitability Assessment jika anda sudah jelas mengenai konsep pelaburan unit amanah ini melalui penerangan unit trust consultant pilihan anda.

Mereka yang mendaftar secara online pula, penilaian ini akan dilakukan oleh unit trust consultant pilihan anda selepas anda menerima balasan email pendaftaran profail anda telah berjaya daripada Public Mutual Berhad.

Oleh itu anda perlu memberitahu unit trust consultant anda sekiranya anda telah mendapat email tersebut untuk meneruskan proses Suitability Assessment ini sebelum anda bermula untuk memilih dana.

3. Pemilihan Dana

how to choose public mutual funds

Apakah tindakan anda sekiranya melihat pelaburan anda menjadi NEGATIF?

Misalnya anda melabur RM10,000 tetapi lihat tahun depan dalam akaun hanya berbaki RM7,000 sahaja lagi. Maknanya pelaburan anda adalah NEGATIF RM3,000!

Oleh kerana bimbang akan kerugian lagi banyak, pelabur baharu yang kurang faham konsep pelaburan unit amanah ini pasti akan mengeluarkan baki pelaburan mereka.

Tetapi hanya pelabur yang berpengalaman dalam unit amanah mahupun pelaburan saham sahaja faham bahawa akaun negatif tak bermaksud rugi.

Atas sebab itu Suitability Assessment penting untuk mengenalpasti tahap kewangan anda, pengetahuan anda dan matlamat anda melabur dalam unit amanah.

Ini untuk memastikan anda melabur dalam dana yang bertepatan dan bersesuaian dengan matlamat anda.

Berikut adalah analogi pemilihan dana pelbagai kategori pelabur:

  • Pelabur yang ingin melabur dalam tempoh 3 tahun kurang sesuai untuk melabur dalam dana ekuiti yang high-risk. Begitu juga pelabur yang sudah berumur 55 tahun ke atas ataupun mereka yang tak sabar dan tak boleh lihat pelaburan negatif.
  • Berlainan pula dengan mereka yang inginkan pulangan yang lebih tinggi dan mampu bertahan dalam tempoh masa yang panjang.
  • Pelabur jenis ini kurang sesuai melabur dalam dana yang risiko rendah seperti dana Money Market tetapi lebih sesuai melabur dalam dana ekuiti.
  • Pelabur yang beragama Islam pula tak sesuai untuk melabur dalam dana yang tidak patuh syariah.
  • Bagi pelabur yang berumur atas 55 tahun pula lebih sesuai melabur dalam dana yang memberikan pulangan berbentuk dividen berbanding dana untuk mengembangkan modal.
  • Mereka yang ingin membuat simpanan kecemasan pula tidak sesuai untuk menyimpan dalam dana ekuiti tetapi sesuai menyimpan dalam dana Money Market kerana risiko paling rendah.

Pemilihan dana ini adalah merangkumi aspek dari segi:

  1. Umur – adakah anda melabur untuk persaraan?
  2. Matlamat utama – apakah matlamat anda melabur? Deposit rumah, kahwin, persaraan? Untuk tahu berapa jumlah pelaburan yang sesuai.
  3. Kesesuaian risiko – adakah anda pelabur high-risk ataupun konservatif?
  4. Tahap kewangan anda – adakah anda mampu untuk menjadi high-risk investor ataupun tidak?
  5. Tunai atau EPF – anda ingin melabur dalam bentuk tunai, menggunakan simpanan EPF atau keduanya sekali?
  6. Islamik atau konvensional – anda memilih pelaburan yang berkonsep patuh syariah atau konvensional?
  7. Tempoh melabur – berapa lama tempoh anda perlukan untuk capai matlamat pelaburan?
  8. Lokasi pelaburan dana – adakah anda memilih dana yang melabur dalam syarikat global, asia atau dalam Malaysia sahaja?
  9. Sektor pelaburan dana – adakah pelaburan dana dalam sektor contohnya sektor teknologi, perbankan ataupun kesihatan?

Melalui Suitability Assessment tadi unit trust consultant anda boleh mengesyorkan anda dengan dana yang sesuai dengan anda.

Atas sebab itu seorang Unit Trust Consultant atau Perunding Unit Amanah perlu tahu dan akan bertanya anda tentang perkara ini jika anda berjumpa mereka.

Lebih banyak anda kongsikan dengan mereka maka lebih senang untuk mereka mengesyorkan dana yang terbaik buat anda.

Oleh itu anda perlu berbincang dengan Unit Trust Consultant anda bagi memilih dana yang terbaik mengikut kesesuaian anda dan matlamat pelaburan anda.

4. Deposit Untuk Buka Akaun Dana

public mutual fund minumum deposit

Ini merupakan langkah kedua terakhir ataupun terakhir dalam proses pendaftaran sebagai pelabur baru bergantung kepada kategori pelaburan anda.

Terdapat 2 kategori pelabur dalam Public Mutual iaitu pelaburan menggunakan tunai ataupun pelaburan menggunakan simpanan EPF anda.

  1. Pelaburan menggunakan tunai
    • Menggunakan wang tunai sendiri atau simpanan sendiri untuk dilaburkan dalam unit amanah.
    • Bebas untuk membuat transaksi penambahan pelaburan ataupun pengeluaran.
    • Lebih banyak dana pilihan
    • Penolakan terus melalui akaun bank
  2. Pelaburan simpanan EPF
    • Menggunakan simpanan EPF akaun 1 untuk membuat pelaburan dalam unit amanah.
    • Tidak boleh membuat pengeluaran sehingga berumur 55 tahun.
    • Hanya pilihan dana yang diluluskan oleh pihak EPF dibenarkan untuk dilaburkan.
    • Penolakan hanya 3 bulan sekali bergantung kepada baki simpanan akaun 1 EPF yang layak.

Bagi pelaburan menggunakan EPF, hanya melalui pengisian borang yang dibenarkan untuk membuka akaun.

Anda perlu mengisi 2 jenis borang yang perlu anda tandatangan, cop jari beserta salinan kad pengenalan dan dihantarkan ke pejabat cawangan Public Mutual.

Sekiranya anda melaburkan simpanan EPF anda maka ini adalah langkah terakhir dalam proses pendaftaran anda.

Penolakan dari akaun EPF ini bukanlah secara automatik setiap 3 bulan sekali tetapi perlu permohonan melalui borang yang disediakan.

Untuk pelabur tunai pula boleh memilih untuk deposit menggunakan tunai ke kaunter Public Bank berdekatan, cek ataupun melalui transaksi online melalui PMO login.

Sila maklumkan kepada unit trust consultant pilihan anda agar dia dapat menyediakan borang yang sepatutnya sekiranya anda memilih membuat deposit melalui kaunter bank.

Jika memilih menggunakan platform online, maklumkan juga kepada unit trust consultant pilihan anda agar dia dapat bimbing anda dalam proses deposit dan pembukaan akaun itu nanti.

Tempoh pembukaan akaun pelaburan dana anda ini mengambil masa sekitar 3 ke 7 hari bekerja.

Selepas deposit anda telah diterima, anda akan dapat melihat akaun dana anda ini beserta nombor akaun di dalam PMO anda.

Jika anda memilih untuk membuat pelaburan tunai secara bulanan, anda perlu untuk ke langkah seterusnya iaitu pendaftaran DDA.

Artikel berkaitan:

5. Pendaftaran Direct Debit Authorization (DDA)

Public mutual direct debit authorization

Kesemua proses pendaftaran dan deposit telah pun selesai dan anda telahpun mempunyai akaun dana pelaburan dalam unit amanah Public Mutual.

Langkah terakhir ini pula hanya bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan secara bulanan melalui penolakan terus daripada akaun bank iaitu Direct Debit Authorization (DDA).

Proses ini hanya dapat dilakukan sekiranya deposit anda telah diterima masuk ke dalam akaun dana pelaburan anda.

Ia juga mengambil masa lama sedikit bergantung kepada bank yang anda pilih kecuali mereka yang menggunakan akaun Public Bank.

Penolakan melalui akaun bank ini hanya dapat dipohon melalui akaun bank pelabur yang memohon dan tidak boleh menggunakan akaun bank orang lain.

Bagi yang ingin memohon melalui online, anda hanya perlu mendaftar DDA melalui PMO anda. Cuma perlu isikan maklumat bank dan jumlah yang anda pohon untuk penolakan sebulan.

Jika melalui offline, anda perlu mengisi borang yang anda boleh dapati melalui unit trust consultant pilihan anda ataupun melalui pejabat Public Mutual terdekat.

Artikel berkaitan:

Rumusan

Sejak menggunakan platform online, pendaftaran telah menjadi mudah berbanding ketika offline dahulu.

Prosesnya adalah lebih pantas dan pelabur dapat melihat pelaburan mereka secara online setiap hari.

Berikut merupakan ringkasan proses pendaftaran mengikut urutan sebagai pelabur baru Public Mutual Berhad.

  1. Daftar profail
  2. Penilaian Kesesuaian (Suitability Assesstment)
  3. Pilih dana
  4. Deposit
  5. Mohon DDA

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

FAQ

  1. Boleh datang terus ke pejabat Public Mutual untuk buka akaun dan deposit?
    • Tidak. Pejabat Public Mutual hanya menerima borang permohonan atau untuk anda membuat urusan berkenaan akaun dana anda.
  2. Berapa lama proses pendaftaran sehingga deposit akaun?
    • Proses akan mengambil masa 3 ke 7 hari bekerja.
  3. Perlukah saya membuka akaun Public Bank untuk melabur dalam dana Public Mutual?
    • Tidak perlu. Anda boleh menggunakan mana-mana akaun bank yang anda kehendaki tetapi kelebihan menggunakan akaun Public Bank adalah anda tidak dikenakan caj untuk transaksi FPX ke akaun dana anda.
  4. Boleh gunakan nama orang lain untuk melabur dalam dana Public Mutual?
    • Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan nama orang lain untuk melabur dalam dana Public Mutual kerana ia adalah satu kesalahan dan akan membebankan anda dikemudian hari untuk berurusan.
  5. Saya tidak bekerja. Boleh tak saya melabur dalam Public Mutual?
    • Boleh.
  6. Saya pernah melabur dalam Public Mutual sebelum ini tetapi telah berhenti. Perlukah saya mendaftar semula dari awal?
    • Tidak perlu. Anda hanya perlu buat penilaian kesesuaian (Suitability Assessment) semula. Hubungi Unit Trust Consultant anda untuk membuat penilaian.
  7. Unit Trust Consultant saya sudah lama tidak dapat dihubungi dan tidak aktif. Adakah pelaburan saya masih ada?
    • Pelaburan anda masih lagi ada selagi anda tidak pernah membuat pengeluaran sebelum ini. Anda boleh melantik Unit Trust Consultant yang baru dengan memohon untuk penukaran consultant untuk menguruskan aset anda selepas ini.
  8. Perlukah saya mendaftar melalui seorang Unit Trust Consultant?
    • Sebaiknya anda melantik Unit Trust Consultant untuk menguruskan aset anda kerana mereka dapat memberi nasihat kepada anda berkenaan dana yang sesuai dengan anda.
  9. Saya nak melabur dalam Public Mutual tetapi dalam 3 bulan dari sekarang. Boleh tak saya mendaftar sekarang?
    • Boleh. Anda boleh mendaftarkan profail anda terlebih dahulu sebagai pelabur baharu dan deposit akaun anda setelah anda bersedia untuk melabur.
  10. Saya merupakan pelabur dalam unit amanah Public Mutual sebelum ini tetapi tidak pernah mendaftar online login. Apa yang perlu saya buat?
    • Anda hanya perlu mendaftar Public Mutual Online Login anda. Sila hubungi Unit Trust Consultant anda untuk proses mendaftar.
  11. Apa dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran?
    • Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan kad pengenalan bagi yang mendaftar offline. Bagi yang mendaftar secara online hanya perlu gambar kad pengenalan depan dan belakang beserta selfie bersama muka depan kad pengenalan.
  12. Proses pendaftaran saya ditolak. Kenapa?
    • Kemungkinan pendaftaran anda ditolak atas sebab dokumen tidak lengkap ataupun salinan kad pengenalan kurang jelas kelihatan. Sila rujuk email yang anda terima daripada Public Mutual atau hubungi Unit Trust Consultant anda.
  13. Saya nak melabur tunai dan juga simpanan EPF saya. Boleh?
    • Boleh. Pelaburan secara tunai anda boleh buat transaksi secara online atau offline namun untuk pelaburan menggunakan simpanan EPF anda hanya boleh menggunakan borang yang disediakan. Hubungi Unit Trust Consultant anda.
  14. Berapa deposit minima untuk membuka akaun dana?
    • Dana Ekuiti, Bon – RM1,000.00 (Sila hubungi Unit Trust Consultant anda untuk lebih lanjut)
    • Dana e-Series – RM100.00
  15. Saya berada di Sabah. Perlukah saya mencari Unit Trust Consultant yang berdekatan dengan saya?
    • Sebaiknya anda mencari yang berdekatan dengan anda walaubagaimanapun anda bebas untuk melantik mana-mana Unit Trust Consultant yang anda mahu selagi dia masih lagi aktif.
  16. Saya berada di Semenanjung Malaysia tetapi Unit Trust Consultant saya adalah dari cawangan Sabah. Boleh tak?
    • Boleh tidak menjadi masalah selagi Unit Trust Consultant anda masih lagi aktif. Anda boleh berurusan secara online ataupun pergi ke pejabat cawangan Public Mutual terdekat dengan anda.
  17. Saya ingin melabur secara tunai. Berapa lama saya kena melabur sebelum saya boleh keluarkan pelaburan saya?
    • Anda bebas untuk keluarkan pelaburan anda pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda mahu.
  18. Saya ingin melabur tunai secara bulanan. Apa akan jadi pada pelaburan saya sekiranya saya terlepas untuk deposit selama 3 bulan?
    • Pelaburan anda akan tetap berjalan namun arahan penolakan secara automatik melalui akaun bank anda akan dihentikan sehingga anda mengaktifkannya semula. Tiada sebarang denda akan dikenakan.
  19. Saya telah cuba untuk mendaftar PMO login tetapi tidak berjaya. Apa perlu saya buat?
    • Hubungi talian hotline Public Mutual di 03-2022 5000 ataupun melalui email di customer@publicmutual.com.my dan nyatakan masalah anda.
  20. Boleh tak saya laburkan dana syarikat saya ke dalam Public Mutual? Apa kelebihannya?
    • Boleh. Public Mutual mempunyai dana yang sesuai untuk pelaburan syarikat/korporasi. Kelebihannya adalah dari segi pulangan yang lebih baik berbanding akaun semasa dan Fixed Deposit dan faedah lain lagi. Sila hubungi Unit Trust Consultant anda untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pelaburan syarikat dalam dana unit amanah.

Post Author: Faiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *