Tahniah kerana anda telah memulakan langkah pertama anda untuk daftar online sebagai seorang investor dalam salah satu syarikat pengurus dana unit trust yang terbesar di Malaysia.
Berbeza dengan dahulunya sekiranya ingin mendaftar sebagai seorang investor perlu mengisi borang tetapi sekarang amat mudah dengan menggunakan platform online.
Di sini FZ akan tunjukkan panduan untuk anda daftar online sebagai investor baharu dalam Public Mutual.
Apa yang anda perlukan hanya laptop atau telefon bimbit anda sahaja.
Sangat mudah dan cepat!
Tapi sebelum tu, anda perlu baca dahulu bagaimana cara melabur dalam unit amanah Public Mutual untuk ketahui proses yang anda perlu lalui semasa pendaftaran online ini sehingga kepada membuat pelaburan pertama anda.
Panduan Daftar Online Bagi New Investor Public Mutual
Berikut merupakan langkah yang anda perlu ikuti untuk proses pendaftaran.
Pastikan anda isikan maklumat yang lengkap dan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah dan mengakibatkan proses pendaftaran anda ditolak.
Jom kita mulakan..
Langkah 1:
Langkah 2:
Anda perlu skrol ke bawah dan klik pula pada Click To Enroll Online untuk meneruskan proses daftar online.
Langkah 3:
Kemudian perlu masukkan 4 digit terakhir nombor telefon mudah alih anda yang aktif.
Sila pastikan nombor kad pengenalan dan 4 digit terakhir nombor telefon mudah alih anda adalah tepat sebelum menekan Next untuk mengelakkan kesulitan nanti.
Jika semua sudah selesai masukkan teks pengesahan dan seterusnya tekan Next.
Langkah 4:
Tunggu sehingga anda menerima nombor PAC di telefon bimbit anda.
Langkah 5:
Masukkan juga alamat email anda yang aktif dan kemudian tekan Request Email Code.
PENTING! Pastikan anda TIDAK menekan ‘SPACEBAR’ dihujung nama penuh anda.
Jika selesai tekan Next.
Langkah 6:
Sekiranya alamat perhubungan anda sama dengan alamat rumah anda maka anda perlu tick kotak di bawah sekali.
Tekan Next untuk ke paparan seterusnya.
Langkah 7:
Setelah selesai tekan Next.
Langkah 8:
Anda perlu daftarkan akaun bank anda yang aktif pada ruangan ini.
Klik pada Agree untuk meneruskan ke paparan seterusnya.
Langkah 9:
Sila baca perakuan sampai habis dan jika bersetuju tick pada kotak I have read, understood and agree to all the above.
Sebelum menekan butang Agree, periksa dan pastikan semula nombor akaun bank yang anda masukkan adalah TEPAT!
Ini kerana sebarang pengeluaran daripada investment anda nanti akan dikreditkan ke akaun yang anda daftarkan disini.
Langkah 10:
UserID dan password ini adalah login ID yang akan anda gunakan untuk login ke dalam Public Mutual Online nanti.
Pastikan anda ingat UserID dan Password anda dan kalau perlu salin dan simpan ditempat yang selamat.
Baca T&C sampai habis dan dan jika anda bersetuju, tick pada kotak I have read, understood…..transaction request.
Tekan Next jika selesai.
Langkah 11:
Tick pada Uploading your NRIC image and selfie with NRIC.
Jika semua sudah lengkap tekan butang Confirm.
Langkah 12:
PENTING! Pastikan anda menggambar muka depan dan belakang kad pengenalan anda berlatarbelakang putih.
Semua tulisan dan gambar mestilah jelas kelihatan tanpa pantulan cahaya atau kekaburan.
PENTING! Pastikan saiz gambar adalah tidak melebihi 1MB bagi setiap gambar.
Anda boleh resizekan gambar anda ataupun cara yang paling mudah adalah dengan meminta bantuan orang lain untuk mengambil gambar anda dan selepas itu hantar ke telefon bimbit anda melalui Whatsapp.
Ini lebih mudah kerana saiz yang dihantar melalui Whatsapp telah dikecilkan secara automatik.
Pada waktu ini proses pendaftaran anda telahpun selesai.
Sekarang anda hanya perlu cetak maklumat pendaftaran anda untuk simpanan dan rujukan anda.
Tekan Next untuk melihat maklumat pendaftaran.
Langkah 13:
Video Panduan Daftar Online:
Bagi penerangan yang lebih jelas, anda boleh lihat video tutorial di bawah ini dan ikuti panduan yang diberikan.
Tahniah! Anda telah selesai mendaftar sebagai New Investor Public Mutual.
Apa yang anda perlu buat sekarang adalah menunggu makluman daripada pihak Public Mutual melalui email anda dalam masa 24 sehingga 48 jam waktu bekerja.
Sekiranya pendaftaran anda berjaya, anda boleh mula login ke dalam Public Mutual Online bagi memulakan investment pertama anda.
Namun sebelum itu anda perlu berhubung dengan Unit Trust Consultant anda terlebih dahulu bagi proses online Suitability Assessment.
Suitability assessment ni penting sebab kena tahu risk profile anda sebagai seorang investor baharu dalam Public Mutual. Ini kerana terdapat banyak dana dalam Public Mutual yang berbeza dari segi matlamat pelaburan.
Ada dana yang syariah dan konvensional. Jadi nanti tak salah pilih sekiranya anda nak invest dalam dana yang syariah sahaja.
Unit Trust Consultant juga dapat membantu anda untuk membina portfolio investment yang sesuai dengan matlamat anda. Anda juga boleh lihat disini untuk tips pelaburan dalam unit amanah Public Mutual.
Jadi tunggu apa lagi? Daftar segera sebagai investor dalam Unit Trust Public Mutual!
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran atau unit trust Public Mutual anda boleh hubungi FZ melalui link ini. Hubungi FZ!
Jika belum follow facebook page FZ lagi anda bolek klik link ni dan klik LIKE!
Adakah anda pernah melabur dalam dana Unit Trust Public Mutual sebelum ini tetapi ejen ataupun Unit Trust Consultant anda tidak lagi aktif? Sekiranya ada, hubungi FZ untuk mengetahui cara menguruskan pelaburan anda.