Engineer Your Financial Life ~ Architect Your Future.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Saya Faiq dan selamat datang ke agensi Faiq Zimmer Consultancy!
Saya merupakan seorang Perunding Unit Amanah di bawah syarikat Public Mutual Berhad. Bermula sejak tahun 2016 lagi saya telah menguruskan aset pelaburan pelanggan saya di dalam unit amanah.
Bukan saja menguruskan aset pelaburan individu pelanggan tetapi juga menguruskan pelaburan syarikat pelanggan saya yang mahu mengembangkan aset syarikat mereka dengan instrumen pelaburan yang lebih kompetitif.
Blog ini saya wujudkan kerana ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang peluang melabur di dalam unit amanah dan bagaimana ia dapat memberi kelebihan kepada pelabur.
Disamping itu juga saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri sebagai pelabur dan memberikan tips berkaitan kewangan dan pelaburan kepada pembaca saya agar pembaca saya dapat memilih pelaburan yang sesuai dengan keadaan mereka tidak hanya melabur buta tanpa pengetahuan.
Diharap dengan penulisan saya ini dapat membantu anda untuk mengubah hidup anda dari segi kewangan dan mengubah diri anda kepada yang lebih positif. Sekian.