Site Loader
buka akaun baru unit trust public mutual

Buka akaun dana dengan Public Mutual amat mudah jika anda sudah mempunyai Public Mutual Online Login (PMO).

Caranya adalah anda perlu login ke dalam PMO anda dan lepas tu pilih dana baru yang anda nak invest.

Masukkan nilai investment pertama yang anda nak buat kemudian pilih cara bayaran. Senang!

Sekiranya anda belum lagi mendaftar online login PMO anda, anda boleh rujuk cara mendaftar online login PMO dan ikuti panduan yang diberikan.

Bagi yang belum lagi mendaftar sebagai investor Public Mutual, anda perlu mendaftar dahulu sebagai seorang investor Public Mutual dan online login anda akan diberikan selesai pendaftaran anda nanti.

Untuk pendaftaran sebagai investor baru anda bule rujuk cara mendaftar investor baru dan ikuti 13 langkah untuk mendaftar dengan mudah.

Ok bagi yang dah ada PMO login, anda ikuti panduan yang FZ terangkan seperti dibawah.

Tapi sebelum tu pastikan capaian internet anda stabil semasa buat proses ni.

Panduan Buka Akaun Unit Trust Public Mutual

Public mutual online login

Seperti biasa anda perlu melayari lawan web rasmi Public Mutual Berhad di www.publicmutual.com.my dan klik pada PMO Login.

Seperti dalam gambarajah di atas, masukkan User ID dan Password anda dan kemudian tekan Login.

Open account untuk buka akaun baru

Pada halaman utama ini, anda klik pada Open Account untuk membuka akaun dana yang baru.

Senarai dana public mutual baru

Pada halaman seterusnya ini, langkah pertama adalah anda pilih samada nak buka akaun dana Cash Scheme ataupun Private Retirement Scheme.

Sekiranya anda nak mula membuka akaun cash maka anda perlu pilih Cash Scheme.

Anda boleh memilih dana yang anda mahukan mengikut dalam senarai yang ada.

Klik pada Filter untuk menapis jenis dana yang anda kehendaki sahaja.

Sebelum memilih sesuatu dana, anda perlu berbincang dahulu dengan Unit Trust Consultant anda.

Ini untuk memastikan anda tidak memilih dana yang tak sesuai dengan anda.

Unit Trust Consultant anda akan membantu anda untuk memilih dana yang bersesuaian dengan matlamat anda.

Klik pada nama dana untuk memilih dana baru anda.

Contohnya di sini FZ pilih Public Islamic Asia Leaders Equity Fund (PIALEF).

Masukkan jumlah pelaburan untuk buka akaun dana baru

Seterusnya adalah dalam bahagian Investment Details.

Pilih nama Unit Trust Consultant anda.

Sekiranya Unit Trust Consultant anda tidak lagi aktif anda boleh hubungi FZ untuk uruskan pertukaran ejen.

Masukkan jumlah investment pertama anda pada ruangan Investment Amount dalam nilai Ringgit Malaysia.

Tick kotak I Agree.. dan klik Proceed.

Seterusnya anda pilih kaedah pembayaran untuk investment pertama anda ini.

Sekiranya anda menggunakan akaun bank simpanan selain akaun Public Bank, anda perlu pilih kaedah pembayaran FPX.

Klik pada ruangan FPX dan pilih bank yang terdapat dalam senarai FPX.

Tick pada tiga kotak dan kemudian klik pada Proceed untuk proses terakhir.

Anda akan dibawa ke paparan terakhir iaitu paparan login bank akaun anda.

Ikut arahan yang diberikan dan jangan lupa untuk PRINT resit transaksi untuk simpanan dan rujukan anda nanti.

Tempoh Akaun Baru Untuk Aktif

Setelah semua proses di atas sudah selesai, anda perlu menunggu dalam masa satu hingga ke tiga hari bekerja untuk akaun baru anda aktif.

Akaun dana baru yang anda daftar tadi hanya akan dapat anda lihat di dalam PMO anda setelah akaun baru ini diaktifkan dan investment pertama anda telah masuk ke dalam dana.

Selepas akaun baru anda ini aktif, anda boleh mula untuk membuat arahan tambahan seperti penambahan pelaburan, arahan untuk penambahan bulanan DDA dan juga pengeluaran bagi akaun anda ini.

Anda boleh baca tentang kelebihan membuat Direct Debit Authorization dan kelebihan menggunakan PMO.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda agar lebih mudah membuat simpanan dan lebih aktif melabur dalam dana unit amanah Public Mutual.

Sebarang kemusykilan anda boleh hubungi FZ untuk membantu anda.

Lagi satu kalau anda belum follow FZ di facebook, anda boleh follow facebook page FZ dan klik LIKE!

Adakah anda merupakan pelabur Public Mutual Berhad PMB Investment tetapi ejen atau Unit Trust Consultant anda tidak lagi aktif? Hubungi FZ untuk ketahui cara menguruskan pelaburan anda.

Post Author: Faiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *