Site Loader

Salah satu cabaran yang FZ hadapi sepanjang bergelar unit trust consultant adalah meyakinkan para pelabur waktu terbaik untuk melabur dalam unit amanah.

Mengapa pelaburan yang high risk adalah lebih baik untuk jangkamasa panjang berbanding pelaburan yang low risk?

Kenapa kita tak sarankan untuk keluarkan investment waktu ekonomi tengah menurun? Kenapa pula nak melabur jika nampak pelaburan tengah negatif?

Jika anda adalah seorang yang kurang yakin tentang pelaburan unit amanah ataupun saham dan tak yakin bahawa ekonomi jatuh adalah peluang terbaik untuk melabur, FZ sarankan anda baca artikel ini sehingga habis dan buat perbandingan sendiri mana lebih menarik.

Perbandingan Pelaburan Dalam Dua Dana Unit Amanah Berbeza.

Perbandingan Dua Dana Unit Amanah
Disclaimer: Gambarajah ini hanya untuk tujuan perbandingan sahaja dan segala nilai adalah contoh semata-mata

Perhatikan gambarajah di atas. Dana 1 (jingga) merupakan dana yang dikira berisiko rendah kerana nilai saham seunit sentiasa menaik sepanjang masa. Dana 2 (Hijau) pula merupakan dana yang berisiko tinggi dimana nilai saham seunit bergerak turun dan naik.

Ramai yang akan memilih untuk melabur dalam dana yang berisiko rendah seperti pada Dana 1 berbanding pada Dana 2 kerana nampak lebih menguntungkan.

Namun anda perhatikan perbandingan pada nilai Total Asset Value, Interest Amount dan juga Avg. Unrealized Return (Monthly) antara kedua dana ini. Dana mana yang lebih memberi pulangan yang tinggi?

Kenapa Dana 2 yang lebih berisiko mampu memberikan pulangan yang lebih berbanding Dana 1 yang lebih kurang risiko dan lebih meyakinkan?

Antara Sebab Kenapa Dana 2 Memberi Pulangan Lebih Daripada Dana 1

  1. Unit Terkumpul (Total Cumulative Units)
    • Apabila anda melabur dalam unit trust anda sebenarnya membeli unit saham di dalam dana tersebut.
    • Lebih banyak jumlah yang anda laburkan maka lebih banyak unit yang anda mampu beli.
  2. Diskaun
    • Waktu ekonomi jatuh, yang menurun adalah harga seunit saham dan bukan jumlah saham yang anda pegang. Jumlah unit anda sentiasa sama ataupun akan meningkat setiap tahun.
    • Jika harga seunit saham turun, anda mampu beli lebih banyak unit pada masa ini. Misalnya anda melabur RM500 dalam Dana 1 pada bulan Jun memberi anda sebanyak 1428.57 unit pada harga RM0.350 seunit. Manakala Dana 2 pula memberi anda 2040.82 unit pada harga RM0.245 seunit.
    • Lebih murah harga seunit saham tersebut, maka lebih banyak unit yang anda mampu beli dan lebih cepat masa anda untuk kumpul sebanyak unit yang anda mampu.
    • Dana yang sentiasa naik harga seperti Dana 1 sentiasa akan menjadi mahal apabila kita membeli pada masa akan datang, oleh itu kita tidak akan berpeluang untuk membeli pada harga diskaun seperti Dana 2.
  3. Melabur secara tetap berkala
    • Melabur secara tetap memberikan peluang untuk anda untuk membeli dana pada harga murah.
    • Ini kerana kita takkan tahu bila harga akan turun ataupun naik.
    • Melabur dengan cara ini mampu memberikan pulangan secara purata yang lebih baik kerana ia dapat menurunkan kos belian seunit.
    • Belian pada harga rendah mampu stabilkan belian pada harga tinggi.

Risau Harga Dana Akan Terus Turun

Ya dalam pelaburan semestinya akan ada risiko pelaburan tak naik.

Namun perbezaan pelaburan unit amanah adalah risiko ini adalah lebih rendah berbanding melabur dalam saham ataupun instrumen pelaburan lain yang untuk jangkasama panjang.

Dalam unit amanah, pelaburan setiap dana adalah dalam beberapa ekuiti syarikat, bon ataupun pasaran kewangan dan bukan hanya kepada satu syarikat, bon atau pasaran kewangan sahaja.

Satu dana ekuiti boleh dilaburkan ke dalam 30 hingga 40 syarikat bergantung kepada dana. Disamping itu pula, setiap pelaburan ke syarikat-syarikat yang tersenarai mempunyai jumlah maksimum yang dibenarkan sahaja untuk melindungi pelabur. Contohnya, aset dalam Dana A hanya boleh dilaburkan maksimum sebanyak 1.5% sahaja daripada nilai jumlah aset bersih dana tersebut.

Oleh itu, sekiranya berlaku apa-apa kepada 2 atau 3 daripada syarikat ini, 28 atau 38 syarikat lagi boleh cover dan tidak akan menjejaskan dana tersebut. Berbanding melabur dalam 1 syarikat sahaja, apa yang terjadi kepada syarikat tersebut akan menjejaskan 100% kepada pelaburan kita.

Cara Kurangkan Risiko Melabur Dalam Unit Amanah

Berikut adalah cara untuk kita mengurangkan risiko pelaburan kita di dalam instrumen pelaburan unit amanah. Dengan mengurangkan risiko ini dapat mengoptimumkan lagi pulangan yang bakal kita perolehi di kemudian hari.

1. Berbincang dengan unit trust consultant pilihan anda untuk dana yang sesuai dengan matlamat pelaburan anda

Unit trust consultant memilih dana mengikut keadaan kewangan anda dan matlamat pelaburan anda.

Antara kriteria yang perlu diambil kira adalah:

  1. Kedudukan kewangan terkini
    1. Jumlah simpanan sedia ada
    2. Jumlah kemampuan melabur
  2. Matlamat pelaburan
    • Objektif
      • Tabung persaraan
      • Tabung Kecemasan
      • Tabung pendidikan anak
    • Tempoh pelaburan
      • Jangkamasa yang anda perlukan sebelum menggunakan pelaburan anda
      • Jangkamasa panjang atau pendek
  3. Jenis faedah anda terima sedia ada
    • Insurans hayat
    • Insurans perubatan

Ini adalah beberapa perkara yang unit trust consultant anda ingin tahu sebelum memilih jenis dana yang sesuai untuk anda melabur.

Bagi pelabur yang belum mempunyai insurans misalnya adalah lebih baik untuk memilih dana yang dapat memberi kemudahan perlindungan insurans percuma kepada pelabur.

Oleh itu, berbincanglah dengan unit trust consultant anda supaya dana yang anda melabur adalah pilihan yang sesuai buat anda.

2. Elak keluarkan pelaburan unit amanah anda masa ekonomi tengah jatuh

Ini adalah kesilapan yang ramai lakukan semasa melabur jika anda tak faham mekanisma dan strategi melabur dalam unit amanah.

Ekonomi setiap negara mesti akan ada masa naik dan turun. Inilah yang menandakan ekonomi negara tersebut berada dalam keadaan sihat.

Oleh itu anda kena sabar apabila melihat pelaburan anda turun semasa ekonomi tengah jatuh kerana ia adalah bersifat sementara sahaja. Biarkan sahaja pelaburan anda dan tunggu sehingga ekonomi pulih semula.

Lebih baik jika anda membuat pelaburan tambahan masa pelaburan anda tengah jatuh. Lebih banyak lagi pulangan yang akan anda dapat.

Artikel berkaitan:

3. Melabur dalam dana berlainan objektif dan lokasi pelaburan

Elakkan melabur dalam satu dana sahaja. Walaupun dana tersebut mempunyai prestasi yang baik dan memberikan pulangan yang tinggi setiap masa namun ia tetap berisiko.

Kenapa? Sebab setiap dana akan ada masa naik dan turun macam dana lain.

Katakanlah anda dah melabur 10 tahun dalam Dana A yang aset pelaburannya menumpukan dalam pasaran tempatan iaitu Malaysia sahaja. Kemungkinan pada masa anda ingin membuat pengeluaran pasaran ekonomi Malaysia tengah hadapi penurunan, maka dalam masa yang sama pelaburan anda juga mungkin akan turun pada masa itu.

Sekiranya anda ada pelaburan dana yang lain lagi contohnya Dana B yang melabur dalam pasaran global yang tidak terkesan dengan pasaran tempatan seperti Malaysia. Oleh itu, anda mempunyai pilihan untuk mengeluarkan pelaburan dalam Dana B dahulu berbanding Dana A.

Inilah dinamakan mempelbagaikan pelaburan untuk mengurangkan risiko. Cara ini lebih disarankan berbanding melabur hanya pada satu instrumen sahaja.

4. Elak melabur dalam dana ekuiti untuk jangkamasa pendek

Dalam unit amanah, kita memang tak sarankan melabur dalam dana ekuiti untuk jangkamasa pendek. Namun begitu, ada juga yang bernasib baik melabur dan dalam tempoh kurang daripada 3 tahun dapat pulangan yang memuaskan.

Terdapat dana lain seperti dana fixed income atau mixed asset yang kita sarankan untuk mereka yang ingin melabur jangkamasa pendek. Walaupun kadar pulangan rendah berbanding dana ekuiti tetapi lebih berisiko rendah.

Namun sebaiknya pelaburan dalam unit amanah adalah untuk jangkamasa panjang iaitu 5 tahun dan ke atas. Sekiranya anda melabur secara bulanan, 10 tahun dan ke atas adalah terbaik. Ini untuk memaksimumkan compounding interest yang anda bakal perolehi.

5. Pastikan anda sudah mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi sebelum melabur

Senario yang selalu dihadapi oleh kebanyakan orang yang melabur adalah mereka tahu pelaburan itu penting. Tetapi setelah mereka melabur dan terjadi sesuatu kepada mereka seperti kereta rosak, dibuang kerja dan sebagainya sehingga mereka terpaksa mengeluarkan pelaburan mereka.

Ini terjadi kerana mereka langsung tak mempunyai simpanan kecemasan ataupun simpanan kecemasan yang tak mencukupi.

Tahun pandemik 2020 sehingga 2022 ini membuktikan bahawa simpanan kecemasan adalah keperluan bagi setiap orang. Dan jumlah simpanan kecemasan minima 6 bulan daripada pendapatan bulanan anda mungkin tidak lagi releven buat masa ini.

Simpanan kecemasan ini penting untuk mengelakkan anda mengeluarkan pelaburan anda dimasa anda memerlukan sumber kewangan. Sebabnya adalah pelaburan ini penting untuk menjaga anda setelah bersara nanti. Manakala simpanan kecemasan pula penting untuk menjaga anda dan pelaburan anda pada masa sekarang sebelum anda bersara.

Oleh itu, pastikan anda terlebih dahulu mencukupkan simpanan kecemasan anda sebelum membuat pelaburan, sekiranya anda tidak mampu. Public Mutual ada menyediakan kemudahan untuk anda membuat simpanan tabung kecemasan dan terdapat kelebihan jika anda menggunakan kemudahan ini. Anda boleh hubungi Unit Trust Consultant anda atau melayari Public Mutual Emergency Reserve Account (ERA)

Artikel berkaitan:

Kesimpulan

Ketika pasaran ekonomi tengah jatuh tidak bermakna anda rugi sebaliknya anggaplah ia sebagai peluang untuk anda mencari keuntungan atau kelebihan dalam pelaburan unit amanah Apa yang penting adalah anda cuma perlu ikut strategi yang diajarkan kerana ia telah diamalkan oleh para pelabur dari dahulu lagi.

Dana yang naik secara berterusan tidak bermakna dana itu lebih menguntungkan. Dana yang lebih berisiko turun dan naik mampu memberikan pulangan yang lebih baik bagi jangkamasa panjang sekiranya menggunakan kaedah Ringgit Cost Averaging atau melabur secara berkala.

Turun naik nilai dana adalah perkara biasa dalam pelaburan unit amanah dan ia bersifat sementara sahaja. Oleh itu, gunakan kesempatan ini dengan lebih baik sekiranya anda berkemampuan dan tidak bertindak terburu-buru untuk membuat pengeluaran kerana takut pelaburan anda hilang.

Artikel berkaitan:

Post Author: Faiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *