Site Loader
Benefit of Unit Trust Consultant

RM1,000 – RM1,500 sebulan!

Inilah permintaan sebuah syarikat bagi seorang graduan ijazah kejuruteraan awam yang paling rendah saya pernah lihat.

Bayangkan anda perlu membayar sewa bilik atau rumah, bayaran balik pinjaman PTPTN, kos sara hidup setiap bulan?

Dengan gaji itu mampukah anda survive setiap bulan?

Jika mampu mengurus kewangan dengan baik tidak mustahil anda akan mampu berbelanja dan membuat simpanan.

Tidak menjadi kesalahan pun anda nak terima kadar gaji tersebut.

Memandangkan sekarang ini amat susah untuk mencari pekerjaan ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Oleh kerana itu ramai yang ingin mencari pendapatan sampingan bagi menampung keperluan hidup mereka.

Namun dilema yang ramai hadapi adalah dimana dan bagaimana mereka boleh mencari pendapatan sampingan?

Kemudahan teknologi sekarang ini membolehkan anda buka perniagaan online atau khidmat servis online dan macam-macam lagi.

Tetapi disini saya ingin berkongsi peluang untuk anda mendapatkan pendapatan sampingan yang boleh anda mulakan.

Bagi yang belum bekerja dan masih menganggur, saya sarankan anda untuk mencuba bidang unit amanah ini sebagai kerjaya anda.

Kenapa saya sarankan anda mencuba bidang ini?

Sebab terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang bakal anda perolehi dalam kerjaya ini.

Ini adalah antara kelebihan utama kerjaya seorang Unit Trust Consultant di Public Mutual.

1. Jenama Syarikat Paling Dipercayai Di Malaysia

Nama Public Mutual Berhad sudah tidak asing lagi dalam industri pelaburan unit amanah di Malaysia.

Buat masa ini jumlah pemegang saham adalah sebanyak 4.5 juta pemegang saham dan jumlah dana yang melebihi RM100 billion.

Ini menunjukkan peneraju unit amanah dan Skim Persaraan Swasta No 1 di Malaysia ini menjadi pilihan nombor 1 para pelabur.

Disamping itu Public Mutual juga telah menerima pelbagai anugerah yang antaranya adalah:

Bermula seawal penghujung tahun 1970-an lagi Public Mutual Berhad adalah syarikat pengurus dana unit amanah yang masih kekal kukuh sehingga ke hari ini.

Oleh itu anda tidak perlu risau kerana Public Mutual mempunyai pengalaman yang lama dalam pengurusan aset pelaburan unit amanah dan menjadi pilihan utama pelabur dari dulu hingga ke hari ini.

2. Unlimited Income (Pendapatan tanpa had)

Tiada had untuk pendapatan yang anda dapat capai dalam kerjaya ini.

Ia bergantung kepada tahap kerajinan anda mencari pelanggan dan menjaga pelanggan anda.

Lebih ramai pelanggan yang anda dapat, lebih banyak pelaburan yang anda uruskan daripada pelanggan, maka lebih banyaklah pendapatan yang anda bakal perolehi.

Malahan pelaburan anda sendiri pun anda akan dapat komisen.

Bak kata orang putih “the sky is the limit”.

Anda bekerja sepenuh masa sebagai seorang jurutera atau sebagai seorang kerani misalnya, pendapatan anda bergantung kepada majikan anda.

Walaupun anda banyak mengerah tenaga bekerja untuk majikan anda tetapi pendapatan anda adalah tetap setiap bulan.

Kenaikan gaji sudah semestinya ada tetapi ia bergantung kepada budi bicara majikan tempat anda bekerja.

Bonus pun ikut budi bicara majikan sekiranya dia nak bagi atau tidak.

Berbeza dengan Unit Trust Consultant dimana anda menerima pendapatan berdasarkan tahap kerajinan anda tanpa perlu budi bicara majikan.

Anda juga tidak perlu untuk menunggu kekosongan jawatan untuk naik pangkat. Anda capai target sales dah cukup untuk anda naik pangkat.

Semua ini adalah atas kawalan anda sendiri.

3. Full-time atau Part-time

Walaupun ramai Unit Trust Consultant yang pada mulanya mempunyai pekerjaan tetap dengan syarikat lain.

Ramai juga memilih untuk menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya sepenuh masa dan meninggalkan kerjaya lama mereka.

Anda tak perlu berhenti kerja anda sekarang untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant.

Anda boleh jadikan kerjaya Unit Trust Consultant ini sebagai kerjaya separuh masa anda.

Dengan kemudahan platform online yang disediakan sekarang ini, anda mempunyai kelebihan untuk berurusan dengan pelanggan anda hanya melalui online sahaja.

Ada pelanggan yang lebih suka berurusan bersemuka, tetapi tidak kurang juga yang lebih suka berurusan online mengikut pengalaman saya sendiri.

Ini membawa kepada point seterusnya iaitu kebebasan masa bekerja.

4. Kebebasan Masa

Anda tidak perlu datang ke pejabat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Anda akan lebih bebas bekerja tanpa tekanan daripada bos anda.

Hujung minggu anda akan menjadi lebih bermakna kerana boleh meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Anda bebas untuk memilih masa anda bekerja.

Anda boleh cuti bila-bila masa yang anda nak.

Samada anda nak kerja dari Isnin hingga Jumaat, atau hujung minggu, atau sebelah malam sahaja ataupun 3 hari seminggu.

Semestinya ini terpulang kepada anda.

5. Subsidi Pinjaman

Unit Trust Consultant yang juga layak boleh memohon subsidi pinjaman yang disediakan oleh Public Bank.

Antara subsidi pinjaman yang disediakan:

  1. Pinjaman Perumahan
  2. Pinjaman Sewa Beli Kenderaan

Sekiranya prestasi anda memuaskan (mengikut terma dan syarat) dan layak, anda boleh memohon untuk mendapatkan subsidi pinjaman di atas.

6. Tajaan Bercuti Ke Luar Negara

Sekiranya anda adalah seorang kaki travel, mungkin ini adalah peluang anda untuk pergi melancong dengan segala perbelanjaan ditaja oleh syarikat!

Ya tiket penerbangan, penginapan, makan dan minum dan ada yang layak diberikan duit poket masa travel.

Setiap tahun Public Mutual akan memilih 3 destinasi pelancongan bagi setiap Unit Trust Consultant yang capai target.

3 destinasi ini adalah mengikut pencapaian sales masing-masing.

Andainya sales anda melebihi target, anda boleh bawa seorang pasangan anda untuk pergi travel bersama. Pasangan anda juga ditaja sepenuhnya oleh syarikat.

Mungkin anda malas nak pergi travel tetapi anda layak, anda boleh tukarkan tiket anda kepada wang tunai.

Ini sebabnya ramai Unit Trust Consultant yang berlumba-lumba untuk capai target setiap tahun.

Jika anda seorang yang komited untuk mencari pendapatan tak mustahil anda akan capai target sales setiap tahun.

7. Manfaat Kematian

Jika ditakdirkan ajal anda telah tiba apa akan terjadi kepada waris anda?

Manfaat yang bakal waris anda terima adalah sebahagian pendapatan anda untuk selama 3 atau 5 tahun bergantung kepada pangkat anda.

Bermakna setiap komisen daripada pelaburan baru pelanggan anda akan diterima oleh waris selama 3 atau 5 tahun. Bergantung kepada pangkat anda.

Sekiranya anak anda juga seorang Unit Trust Consultant, aset pelanggan anda ini boleh diwariskan kepada jagaan anak anda untuk menyambung legasi anda.

8. Insurans Percuma

Premium insurans hayat dan kemalangan yang termurah di Malaysia adalah daripada RM10 sebulan.

Unit Trust Consultant yang layak pula menerima insurans hayat dan juga insurans kemalangan secara percuma bermula daripada RM50,000.

Anda tak perlu lagi membayar premium setiap bulan.

Walaupun anda kurang terdedah kepada sebarang risiko pekerjaan seperti di tapak bina atau kilang tetapi anda tetap dilindungi dengan percuma.

9. Tak Perlu Pendidikan Tinggi

Cukup sekadar 3 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia sudah memadai untuk anda mendapatkan lesen menjadi Unit Trust Consultant.

Tak perlu ada ijazah dalam bidang berkaitan pelaburan ataupun kewangan.

Namun mereka yang mempunyai pendidikan dan sijil dalam bidang pelaburan atau kewangan mempunyai keistimewaan kerana tidak perlu untuk menduduki peperiksaan.

Sejujurnya, pelaburan unit amanah tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi seperti seorang penganalisis ekonomi.

Segala analisis pelaburan dilakukan oleh pihak Public Mutual sendiri dengan penganalisa yang bertauliah.

Cukup anda tahu matlamat pelanggan dan bagaimana cara dan strategi untuk kita tolong pelanggan kita capai matlamat mereka sudah memadai.

Ini semua akan diajar oleh syarikat dan anda hanya perlu rajin untuk belajar dan ikuti kursus yang dikendalikan oleh syarikat.

10. Belajar Menjadi Pelabur Bijak

Tidak semua Unit Trust Consultant berasal daripada latar belakang pendidikan pelaburan atau kewangan.

Keistimewaan kerjaya ini adalah anda sendiri akan mempelajari selok-belok pelaburan. Anda boleh pelajari melalui kursus dan latihan yang disediakan oleh pihak Public Mutual sendiri.

Anda mungkin berpendidikan dalam bidang kejuruteraan atau sains tetapi anda mampu mempelajari teknik pelaburan apabila menceburi bidang ini.

Semakin lama anda berada dalam bidang ini semakin banyak pengetahuan anda tentang mekanisma pelaburan unit amanah. Anda sendiri dapat melihat mengapa ia adalah salah satu instrumen pelaburan yang baik.

Ini secara langsung akan menjadikan anda lebih bijak menguruskan aset pelaburan sendiri. Anda akan tahu strategi yang anda harus gunakan untuk capai matlamat pelaburan anda.

Yang penting adalah anda harus rajin belajar daripada orang atasan dan mentor anda. Disamping itu perlu rajin ikuti kursus dan latihan yang disediakan oleh pihak Public Mutual sendiri.

11. Bijak Mengurus Kewangan Sendiri

Masalah ramai orang adalah dalam mengurus kewangan dan perbelanjaan diri sendiri.

Setelah berkecimpung dalam bidang dan kerjaya ini anda bukan sahaja belajar cara melabur yang berkesan. Anda juga dapat belajar cara pengurusan kewangan yang baik.

Ini kerana Public Mutual ada memberikan latihan berkaitan pengurusan kewangan.

Anda akan didedahkan dengan cara menguruskan kewangan daripada pelatih professional dan bertauliah.

Ini secara langsung memberi anda kepakaran dalam menguruskan bukan sahaja kewangan anda. Malahan kewangan pelanggan anda sekiranya mereka memerlukan bantuan anda.

12. Rangkaian Cawangan Yang Luas

Terdapat 31 buah cawangan dan pusat khidmat pelanggan Public Mutual di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Walaupun anda adalah Unit Trust Consultant cawangan Sabah tetapi anda boleh datang ke mana-mana cawangan untuk berurusan dengan pelanggan anda.

Ini memudahkan anda berurusan dengan pelanggan anda di seluruh Malaysia.

13. Aplikasi Digital

Dalam arus kemodenan teknologi sekarang ini adalah penting untuk setiap perniagaan mendigitalkan perniagaan mereka agar tidak ketinggalan.

Oleh sebab itu, Public Mutual Berhad telah menyediakan pelbagai kemudahan digital yang komprehensif. Ini bagi membantu anda memberi khidmat yang terbaik untuk pelanggan anda.

Ini termasuk dalam sistem pendaftaran, transaksi dan pemantauan portfolio pelanggan anda.

Setiap maklumat berkaitan unit amanah anda boleh dapati menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh Public Mutual sendiri.

Dengan itu anda juga tidak ketinggalan dan setiap urusan anda dengan pelanggan anda akan menjadi lebih mudah.

Artikel berkaitan:

14. Peluang Bina Empayar Bisnes Sendiri

Inilah peluang anda untuk membina perniagaan anda sendiri.

Kelebihannya adalah anda tidak perlu bersusah-payah untuk keluarkan produk sendiri. Semuanya telah disediakan oleh pihak syarikat.

Anda tak perlu keluarkan kos pun untuk bina perniagaan anda ini. Jika ada kos yang terlibat pun cuma sedikit berbanding anda membuka perniagaan sendiri menggunakan produk sendiri.

Disamping itu anda boleh menolong mereka yang memerlukan kerjaya ataupun pendapatan sampingan.

Apa yang menarik adalah anda tak perlu pun membayar komisen orang bawahan anda sebab semua komisen dibayar oleh Public Mutual.

Apa pendapatan yang dijana oleh orang bawahan anda akan memberi sedikit pendapatan kepada anda sendiri sebagai ketua mereka.

Oleh itu anda kena proaktif dalam membantu orang bawahan anda.

Anda harus menjadi seorang leader dan membimbing mereka menjadi salah seorang Unit Trust Consultant yang berjaya seperti anda kelak.

Kesimpulan

Walaupun pendapatan seorang Unit Trust Consultant ini dianggap sebagai tidak tetap kerana bergantung kepada komisen. Ia boleh menjadi sebagai pendapatan tetap kepada anda suatu hari nanti.

Ini kerana hasil komisen yang anda perolehi ini akan memberi pendapatan pasif suatu hari nanti.

Semakin lama anda bekerja dalam industri ini maka semakin ramai pelanggan yang memerlukan khidmat anda untuk melabur.

Ini secara langsung akan memberikan anda pendapatan setiap bulan selama-lamanya.

Kerana pelaburan unit amanah Public Mutual ini boleh dianggap sebagai “one-stop solution” kepada pelaburan pelanggan.

Pelanggan tidak perlu lagi mencari syarikat lain sekiranya perlukan perkhidmatan lain seperti.

  • Pelan Persaraan
  • Pelan Pendidikan
  • Wasiat/Hibah
  • Insurans/Takaful

Ini kerana Public Mutual ada memberikan perkhidmatan seperti di atas.

Oleh itu, anda perlu mendedahkan semua perkhidmatan yang disediakan oleh Public Mutual ini bagi kemudahan pelanggan anda.

Apakah Langkah Seterusnya?

Apa yang saya tuliskan disini adalah sebagai ringkasan terhadap kelebihan menjadi seorang Unit Trust Consultant.

Malahan banyak lagi kelebihan lain yang anda bakal perolehi jika anda mengambil keputusan untuk menceburi bidang ini.

Semua kelebihan lain ini dapat anda ketahui dengan lebih terperinci selepas anda mendapatkan lesen anda sendiri nanti.

Sekiranya anda belum mempunyai pekerjaan ataupun ingin mendapatkan pendapatan sampingan. Anda memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah ini, anda boleh menghubungi saya bagi mengetahui lebih lanjut untuk proses permohonan.

Syarat kelayakan menjadi seorang Unit Trust Consultant:

  1. Berumur 21 tahun ke atas
  2. Minima SPM 3 kredit
  3. Jujur dan berintegriti
  4. Mampu mematuhi kod etika dan “Standard of Professional Conduct” yang dibekalkan oleh syarikat.

Berikut adalah keperluan permohonan bagi Unit Trust Consultant:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Gambar berukuran Passport – 4 keping
  3. Salinan sijil SPM/Ijazah beserta transkrip terakhir.
  4. Yuran pedaftaran dan peperiksaan – RM250

Jika anda seorang yang tidak takut akan cabaran, ingin lebih masa bersama keluarga, dan ingin membina empayar perniagaan anda sendiri tanpa kos yang tinggi, saya menyeru untuk anda ceburi bidang ini dan lihat diri bagaimana anda boleh menjana income yang anda inginkan.

Adakah anda belum mempunyai kerjaya? Tiada pendapatan? Ingin mencari pendapatan tambahan?

Engineer Your Financial Life, Architect Your Future dengan menghubungi saya segera.

Artikel berkaitan:

Post Author: Faiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *