Kisah Dua Orang Sahabat Sekampung
2 orang sahabat karib, Amran dan Rahim mendapat kerja di bandaraya.
Mereka berdua berasal daripada kampung yang sama. Bukan berasal daripada keluarga yang senang dan berada. Namun dua sahabat ini komited mencari rezeki bekerja dan punya matlamat yang sama iaitu ingin mencari kehidupan yang lebih selesa.
Walaupun matlamat mereka berdua sama, namun yang membezakan mereka adalah kesabaran untuk mencapai keselesaan yang masing-masing idamkan.
Rahim merupakan seorang yang amat mementingkan gaya. Lahir daripada keluarga yang bukan golongan berada menghadkan dia untuk menikmati kemewahan yang ada diluar sana. Setelah mempunyai pekerjaan dia mampu mencapai yang sedikit mewah berbanding sebelum ini.
Amran pula seorang yang tidak mudah terpengaruh dengan kemewahan. Walaupun Amran mampu untuk memiliki kemewahan setanding dengan Rahim namun baginya bukan kemewahan itu yang dikejar buat masa ini.
Gaji Pertama
Sebaik menerima gaji pertama, Amran terus membuat simpanan ke dalam akaun pelaburan.
Pelaburan yang mudah baginya pada masa itu adalah dalam pelaburan unit trust. Memandangkan itu adalah gaji pertama diterimanya, Amran mampu untuk melabur sebanyak RM100 sahaja sebulan. Dalam hati Amran jika ada kenaikan gaji masa akan datang dia mungkin mampu menambah lagi jumlah pelaburannya sebulan.
Buat masa ini, wang yang selebihnya akan digunakan untuk kepentingan lain seperti belanja mak dan ayah di kampung, kereta, sewa rumah dan makan minum.
Rahim pula membuat simpanan sebanyak RM500 sebulan dalam akaun simpanan miliknya. Niatnya adalah untuk mengumpul wang demi membayar deposit kereta yang diinginkannya. Rancangan Rahim untuk memiliki kereta itu setahun dari sekarang.
Bagi Rahim, dia belum teringin untuk melabur buat masa ini kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting baginya. Lagipun bagi Rahim belum ada wang yang cukup untuknya melabur.
Dia yakin setelah beberapa tahun nanti yang dia akan mampu mengumpul sebanyak RM50,000 untuk dilaburkan di dalam unit trust. Jika melabur jumlah besar baru senang dapat keuntungannya dan lebih berbaloi pada pendapatnya.
20 Tahun Kemudian..
20 tahun berlalu, Amran dan Rahim masing-masing berumur 40 tahun berumah-tangga, mempunyai rumah sendiri dan kenderaan sendiri.
Melihat pelaburan yang dibuatnya selama 20 tahun di dalam unit trust yang memberi pulangan purata 8% hanyalah berjumlah RM57,266.00, Amran mengambil keputusan untuk berhenti melabur pada waktu itu.
Walaupun jumlahnya kecil RM100 sebulan selama 20 tahun, dia menganggap pelaburannya itu agak lambat untuk mencapai jumlah yang diinginkannya.
Rahim pula pada masa itu merasa sedikit malu kerana kawan karibnya Amran mempunyai simpanan sebanyak itu. Dia pula langsung tidak mempunyai simpanan kerana setiap kali menerima gaji, semua akan dihabiskan untuk keperluan lain yang bukannya untuk pelaburan.
Tergerak hati Rahim untuk mula untuk melabur melihat kawan karibnya sudah mempunyai jumlah simpanan yang agak mustahil dia ada buat masa itu. RM100 sebulan baginya agak lambat untuk mengejar simpanan semacam Amran. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk melabur RM300 setiap bulan dalam unit trust sebagaimana Amran.
Nekad untuk menandingi jumlah simpanan Amran, Rahim terpaksa membuat perubahan dengan menyusun semula perbelanjaannya setiap bulan. Memandangkan komitmen bulanannya yang agak tinggi, hanya RM300 itu sahaja yang mampu dilaburkannya setelah banyak perbelanjaan yang terpaksa dikurangkan.
Rahim tahu akan kepentingan pelaburan untuk simpanan hari tuanya, tetapi sehingga sekarang dia masih belum dapat lagi mengumpulkan jumlah simpanan sebanyak RM50,000 untuk dilaburkan seperti rancangannya 20 tahun lalu. Apa yang ada hanyalah baki gajinya yang tidak pun sampai separuh lagi untuk digunakan sampai penghujung bulan.
25 Tahun Kemudian..
Menjangkau usia 65 tahun, Amran dan Rahim masing-masing sudah bersara.
Rahim dengan bangganya bercerita tentang akaun pelaburannya yang dibuat sejak 25 tahun lalu. Dia memberitahu Amran yang pelaburannya sudah berjumlah RM274,451.83.
Rahim menceritakan yang agak perit juga dia mengubah perbelanjaannya sebulan memandangkan komitmen yang tinggi. Namun baginya berbaloi dapat melabur jumlah sebanyak itu untuk simpanannya sekarang memandangkan sudah bersara.
Amran yang hanya mendengar dan tersenyum sambil menunjukkan pula kepada Rahim jumlah pelaburannya. Terpaku Rahim melihat jumlah pelaburan Amran kini bernilai RM392,184.80.
Rahim berasa hairan bagaimana jumlah pelaburan Amran mengatasi jumlah pelaburannya walaupun jika dikira pelaburan Rahim sebulan lagi besar. Ditambah pula tempoh Rahim melabur lagi lama daripada Amran.
Sejak Amran berhenti melabur 25 tahun lalu, dia hanya membiarkan simpanan dalam akaun pelaburannya ini tanpa mengeluarkannya.
Dalam hati Amran ada sedikit rasa penyesalan kerana berhenti melabur pada masa itu. Andai diteruskan pelaburannya walaupun yang hanya RM100 sebulan pada masa itu, dengan purata pulangan setahun 8%, jumlah pelaburannya sekarang sepatutnya sudah mencapai angka RM483,668.74.
Baginya nilai RM100 tidaklah besar dan memberatkan berbanding Rahim yang melabur RM300 setiap bulan dan terpaksa mengikat perut agar dapat melabur.
Namun begitu, Amran tetap bersyukur kerana bermula melabur lebih awal sejak berusia muda. Sekarang ini baru mereka faham kenapa perlu memulakan pelaburan lebih awal.
Moral of The Story Dalam Melabur
Pada umur 65 tahun, jumlah pelaburan Amran adalah sebanyak RM392,184.80 manakala Rahim pula adalah RM274,451.83.
Modal pelaburan Rahim adalah sebanyak RM90,000 dan Amran cuma RM24,000. Walaupun modal pelaburan Amran jauh lebih kecil tetapi pulangan yang diperolehi adalah mendekati 4 kali ganda daripada pelaburan Amran.
Walaupun Rahim melabur RM300 sebulan selama 25 tahun, Amran yang hanya melabur RM100 sebulan hanya 20 tahun mempunyai simpanan yang lebih besar daripada Rahim.
Jika dibezakan jumlah pelaburan mereka berdua, pelaburan Rahim kurang sebanyak RM117,733.00 daripada Amran. Sekiranya Rahim mula melabur pada waktu yang sama seperti Amran dahulu, sepatutnya jumlah pelaburan mereka adalah sama.
RM117,733.00 jika dibahagikan dengan 45 tahun berjumlah RM218 sebulan. Inilah yang digelar “Cost of Procrastination”. Kos kerugian inilah yang terpaksa ditanggung Rahim kerana tidak memulakan pelaburannya lebih awal.
Bayangkan sekiranya Rahim langsung tidak melabur sehingga umurnya 65 tahun?
Kesimpulan
Jangan melengahkan masa untuk melabur. Melabur lebih awal adalah lebih menjimatkan berbanding kemudian. Ia dapat mengelakkan anda membayar “Cost of Procrastination” iaitu kos melengahkan kerana bermula lewat. Mulakan melabur dari sekarang.
Tidak semestinya hanya orang yang ada modal yang besar sahaja yang berbaloi untuk melabur. Dengan modal kecil tetapi sekiranya dilakukan dengan konsisten dan disiplin mampu untuk merapati pelaburan modal besar.
Carilah alasan supaya anda melabur bukan mencari alasan agar tidak dapat melabur. Hari tua tetap akan datang dan masa bekerja inilah waktu kita untuk mengumpul sebanyak mana simpanan untuk bekalan sewaktu bersara nanti.
Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan matlamat simpanan anda, ataupun ingin tahu berapakah jumlah simpanan persaraan anda yang perlu? Anda boleh hubungi saya untuk bersama menyusun semula profil kewangan anda.
Hubungi saya di sini Chat atau melalui nombor telefon di muka utama.
Jadi adakah anda merasakan bahawa pelaburan hanya untuk golongan yang ada modal besar?
Jika ya atau tidak mohon komen di agar dapat kita bincangkan.
Jika bermanfaat, mohon supaya dikongsikan kepada orang lain agar sama-sama kita dapat manfaat daripadanya.
Berkaitan
20 Tips Melabur Dalam Unit Trust Public Mutual
ASB dan ASB Loan: Perkara Yang Anda Perlu Tahu